BIDANG TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS
1
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
1.1 Pentadbiran Umum
1.
Membentuk dan
menggerakkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
2.
Menganggotai
Jawatankuasa Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah.
3.
Menyediakan takwim
program pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas seperti
merancang, dan menyelia perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang
tahun.
4.
Memberi taklimat
kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan PPKI.
5.
Menyampaikan maklumat
dan dapatan mesyuarat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan
khas.
6.
Memastikan fail-fail
kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini:
6.1.
Fail Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi
6.2.
Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas
6.3.
Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas
6.4.
Fail Mata Pelajaran KSSRPK
6.5.
Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas
6.6.
Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas
6.7.
Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.
Fail Kokurikulum Pendidikan Khas
6.9.
Fail Program Inklusif
6.10.
Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas
6.11.
Fail Stok (Alatan dan Perabot)
6.13.
Laporan Mingguan Guru Bertugas
7.
Mengadakan mesyuarat bersama dengan semua guru pendidikan khas dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM)
8.
Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid
pendidikan khas
9.
Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas dan
PPM
10.
Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif
11.
Memastikan aktiviti ko-kurikulum PPKI dilaksanakan
12.
Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpunan rasmi.
13.
Mendapatkan maklumat murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan
menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
KL pada bulan Oktober setiap
tahun bagi tujuan penempatan.
14.
Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan
ke sekolah menengah diserahkan kepada ibubapa/ penjaga bersama senarai semak.
1.2 PENGURUSAN HAL EHWAL
1.
Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus
pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan KL supaya mereka dapat dihantar berkursus dan seterusnya
melayakkan guru mendapat Elaun Mengajar Murid-murid OKU.
2.
Memastikan semua guru pendidikan khas tidak diberikan relief kelas arus
perdana.
3. Memastikan semua guru pendidikan khas
tidak membawa murid arus perdana ke pertandingan di luar sekolah ketika PdP.
4.
Memastikan maklumat murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.
5.
Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai
bersama dengan semua guru pendidikan khas dan keputusannya dicatatkan oleh guru
kelas untuk penyediaan laporan dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas,JPWP KL.
6.
Menghantar permohonan kemasukan murid pendidikan khas baru ke Unit Pendidikan
Khas, JPWP
7.
Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
8.
Memastikan permohonan sebarang bantuan Elaun Murid Khas(EMK) bagi semua murid
pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup.
9. Memastikan
murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang diinklusifkan
mendapat pinjaman buku teks.
10.
Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid di dalam atau ke luar negeri
dan memastikan dokumen murid diserahkan pada ibubapa/ penjaga.
11. Memastikan murid pendidikan khas yang
tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah.
1.3 PENGURUSAN DATA
1.
Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan
dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, JPWP KL sebelum atau pada 10 haribulan
setiap 3 bulan.
2.
Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan
Status Program Pendidikan Khas.
1.4 PENGURUSAN STOK
1.
Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan
Khas, JPWP KL diletakkan di dalam kelas
pendidikan khas.
2.
Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, JPWP KL dalam
tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
3.
Memastikan alatan kepunyaan PPKI tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
4.
Menyemak Senarai Stok yang disediakan oleh Guru/PPM Stok dan Inventori.
1.5 PENGURUSAN KEWANGAN
1.
Memastikan peruntukan PCG PPKI dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun.
2.
Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat
pertambahan bilangan murid pendidikan
khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa).
3.
Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru pendidikan khas.
4.
Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan
memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas
5.
Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung PPKI (PIBG) yang disediakan
oleh bendahari PPKI.
1.6 PENGURUSAN KELAS
1.
Menyediakan satu peraturan untuk PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada
pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.
2.
Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan
pembelajaran.
3.
Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas
mencukupi.
1.7 PENGURUSAN JADUAL WAKTU
1.
Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual
waktu yang sesuai dengan opsyen guru.
2.
Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan UPK JPWP KL.
3.
Memstikan jadual waktu dibina menggunakan system ASc.
1.8 PENGURUSAN PENGAJARAN
& PEMBELAJARAN
1.
Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di PPKI
dari masa ke semasa.
2.
Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa
berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua
dokumen ini hendaklah dikemaskini.
3.
Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan
kepada ibu bapa atau penjaga.
4.
Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid
pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam seperti UPSR.
1.9 PENGURUSAN DIRI
1.
Menjadi `role-model’ dan
menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas dan PPM.
2.
Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru
pendidikan khas dan PPM.
2 PENYELARAS KURIKULUM PPKI
2.2.
Memastikan mata pelajaran yang diajar mengikut dokumen standard
adalah bersesuaian.
|
2.3.
Memastikan bahan-bahan pembelajaran mencukupi bagi melaksanakan
kurikulum pendidikan khas.
|
2.4.
Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar guru pelatih atau
guru baru di sekolah ini.
|
2.5.
Menyediakan jadual bertugas mingguan dan bengkel perkembangan
staf.
|
2.6.
Menyediakan aktiviti dan perancangan tahunan kurikulum
berdasarkan takwim JPWP dan KPM.
|
2.7.
Menyediakan buku laporan bertugas guru.
|
2.8.
Menyediakan senarai nama dan maklumat guru mengikut kelas.
|
2.9.
Menyediakan senarai buku latihan untuk murid.
|
2.10.
Menyediakan jadual pencerapan buku latihan, RPI dan PdP.
|
2.11.
Menyediakan jadual
mesyuarat PPKI dan taklimat PPM.
|
2.12.
Menyediakan surat siaran waktu dan sesi persekolahan tahunan.
|
2.13.
Menyimpan kertas soalan Penilaian pertengahan tahun (PPT) dan Penilaian
Akhir Tahun (PAT)
di dalam fail bank
soalan.
|
2.14.
Menyediakan dokumen / senarai semak Hari Terbuka.
|
2.15.
Menyediakan senarai murid untuk kenaikan kelas bagi tahun
hadapan.
|
2.16.
Menyediakan jadual peperiksaan PPT & PAT berdasarkan takwim
sekolah.
|
2.17.
Menyediakan carta organisasi kurikulum PPKI.
|
2.18.
Menyediakan AJK panitia mata pelajaran.
|
2.19.
Menyediakan senarai semak penghantaran buku latihan dan RPI.
|
2.20.
Menyediakan muka depan untuk soalan PPT dan PAT.
|
2.21.
Menyediakan senarai penghantaran buku latihan dan RPI.
|
2.22.
Membuat agihan murid untuk guru-guru menyediakan e-rpi.
|
2.23.
Menyediakan buku relief PPKI.
|
2.24.
Menyediakan buku rekod pinjaman alatan / BBM PPKI.
|
3 PENYELARAS HAL EHWAL MURID PPKI
3.1 Mengurus hal-hal yang
berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
3.2 Menyelia mengenai kehadiran
murid ke sekolah.
3.3 Menggubal dan menguatkuasa
peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
3.4 Menyedia dan menyelia
kemudahan dan kebajikan murid dari segi EMK, BukuTeks, Rancangan Makanan
Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan murid, pemeriksaan kesihatan dan
gigi serta sebarang jenis bantuan.
3.5 Menyelia dan memastikan
pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga
dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
3.6 Menyelia dan menyelaras
pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil
berhenti sekolah.
3.7 Memastikan data maklumat
kelas, guru dan murid dalam sistem APDM dan sistem pengoperasian pendidikan
khas adalah sama dan tiada kesilapan yang berlaku.
3.8 Memastikan Program Susu 1
Malaysia dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berjalan lancar.
4
PENYELARAS KO-KURIKULUM PPKI
4.1.
Merancang
aktiviti tahunan ko-kurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan, kebudayaan,
kelab, persatuan dan pasukan beruniform,
4.2.
Mendaftarkan
kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak
yang berkenaan (rujuk kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum).
4.3.
Mendokumentasikan
segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran,
pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Ko-kurikulum
Pendidikan Khas.
·
Jawatankuasa
Ko-kurikulum Kelas Pendidikan Khas,
·
Jadual
Waktu pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum,
·
Rekod
kehadiran guru dan murid pendidikan khas,
·
Maklumat
mengenai jenis-jenis aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada setiap sesi,
·
Kertas
kerja program / aktiviti ko-kurikulum yang akan dilaksanakan,
·
Salinan
surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap ko-kurikulum
·
Laporan
program / aktiviti ko-kurikulum yang telah dilaksanakan,
·
Lain-lain
dokumen semasa yang berkaitan.
4.4.
Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum yang dirancang.
4.5.
Menyediakan
segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan
kebenaran bagi melaksanakan setiap program ko-kurikulum.
4.6.
Menyediakan
laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu
salinan untuk Fail Ko-kurikulum Pendidikan Khas.
4.7.
Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
4.8.
Memastikan
maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri
direkod.
4.9.
Mencadangkan peralatan-peralatan dan
kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut
keutamaan.
4.10.
Menyediakan buku
laporan bertugas guru ko-kurikulum.
4.11.
Menyediakan carta ko-kurikulum PPKI
4.12.
Memantau perjalanan
aktiviti ko-kuruikulum PPKI
4.13.
Menghadiri
mesyuarat berkaitan dengan ko-kurikulum peringkat negeri.
4.14.
Memastikan murid
terlibat dengan aktiviti JPWP
4.15.
Mengadakan
mesyuarat ko-kurikulum
5 GURU KELAS
PENDIDIKAN KHAS
5.1 Pengurusan Dokumen
1.
Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.
2.
Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat
di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan
khas.
3.
Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa
dikemaskini.
4.
Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.
5.
Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan,
surat panggilan mesyuarat dan lain-lain.
5.2 Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.
Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi
bersama-sama PPM.
2.
Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan
selepas rehat.
3.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin
murid-murid pendidikan khas di kelasnya.
3.
Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru dalam Buku
Daftar Kemasukan.
4.
Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas
baru di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan 3 bulan.
5.
Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid yang akan
melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau berhenti sekolah.
6.
Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan
menduduki peperiksaan awam bersama guru SPBT.
7.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku
sebarang kesulitan.
8.
Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas bersama AJK.
5.3 Pengurusan Data
1.
Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penolong Kanan
Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.
2.
Memasukkan dan mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan juga pengoperasian
Pendidikan Khas.
3.
Memastikan murid Pendidikan Khas ditagging sebagai murid OKU di dalam sistem
APDM.
5.4 Pengurusan Kewangan
1.
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan bayaran tambahan murid dan mengeluarkan
resit.
2. Menguruskan buku-buku latihan dan buku
kerja yang bersesuaian.
3. Menyerahkan kutipan bayaran kepada
penyelaras yang ditetapkan.
5.5 Pengurusan Kelas
1.
Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria.
2.
Menyedia dan mempamerkan visi, misi, jadual waktu kelas dan sebagainya.
3.
Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan
carta tersebut.
4.
Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas.
5.
Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
***Guru
kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya
mengikut kreativiti masing-masing.
5.6 Pengurusan Pengajaran &
Pembelajaran
1.
Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan
sebelum diserahkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas seterusnya kepada ibu
bapa untuk ditandatangani.
2.
Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan
yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk
tindakan lanjut.
6 GURU
PANITIA MATA PELAJARAN
1.
Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas dan juga Panitia arus
perdana.
2.
Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan,
Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai.
3.
Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing.
4.
Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian.
5.
Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan.
6.
Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian
dan menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas.
7.
Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
8.
Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan
Khas.
9.
Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang
diajar.
10.
Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya
di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia
Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM PPKI.
7 SETIAUSAHA
PANITIA PENDIDIKAN KHAS
1.
Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga.
2.
Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan
minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
3.
Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam
fail-fail berkenaan.
4.
Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa
Panitia Pendidikan Khas,
5.
Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.
6.
Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti PPKI pada akhir tahun dan
dihantar ke Unit Pendidikan Khas, JPWP KL.
8
BENDAHARI KELAS PENDIDIKAN KHAS
1.
Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.
2.
Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari
tabung PPKI (PIBG).
3.
Mengemaskini dan menghantar buku akaun tabung PPKI(PIBG) pada setiap hujung
bulan untuk semakan Penolong Kanan Pendidikan Khas.
4.
Membentangkan kedudukan kewangan tabung PPKI(PIBG) dalam setiap mesyuarat
Jawatankuasa Pendidikan Khas.
9 GURU
DISIPLIN PPKI
1.
Mengendalikan kes-kes disiplin murid.
2.
Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan
bersama guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan menyelesaikan
masalah tingkahlaku murid pendidikan khas.
3.
Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah
untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan
masalah tingkahlaku yang membimbangkan.
4.
Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail
Disiplin Kelas Pendidikan Khas.
5.
Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan
memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini
mengandungi dokumen-dokumen berikut :
·
Jawatankuasa Disiplin
Kelas Pendidikan Khas,
·
Biodata murid
pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,
·
Catatan jenis masalah
tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,
·
Cadangan model
pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,
·
Surat pemakluman
kepada ibu bapa / penjaga,
·
Surat perjanjian
dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian
tingkahlaku ke atas anak mereka,
·
Rekod perkembangan
semasa tingkahlaku murid tersebut,
·
Laporan akhir setelah
masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.
10
GURU KECERIAAN KELAS PENDIDIKAN KHAS
1.
Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Home Base Pendidikan Khas.
2.
Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas.
3.
Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan.
4.
Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat
sekolah, daerah dan negeri.
5.
Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Home Base Pendidikan Khas.
11
GURU STOK PENDIDIKAN KHAS
1.
Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian
barangan dan serahkan kepada kerani pejabat dan juga Penolong Kanan Pendidikan
Khas.
2.
Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat
di dalam salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut.
3.
Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau
diterima pada Kad Stok.
4.
Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima.
6.
Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan
hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),
7.
Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot) sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
8.
Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir
tahun.
9.
Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penolong
Kanan Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada pejabat.
12
GURU PROGRAM INKLUSIF
Guru
Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program
Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
·
Jawatankuasa Program
Inklusif,
·
Kertas kerja
perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
·
Jadual Waktu guru dan
murid yang terlibat,
·
Biodata murid yang diinklusifkan,
·
Rekod kehadiran murid
ke kelas inklusif,
·
Salinan surat
menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
·
Laporan semasa
pelaksanaan Program Inklusif,
·
Rekod prestasi murid,
·
Lain-lain dokumen
semasa yang berkaitan.
13. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/ PBS
- Memantau semua peperiksaan berjalan dengan
lancar
- Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh
semua setiausaha peperiksaan.
- Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam
stok dan keperluan semasa.
- Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke
arah meningkatkan lagi prestasi
pengurusan peperiksaaan.
- Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan
dalam sekolah setelah tarikhnya
dipersetujui oleh pentadbir.
- Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan
bagi guru-guru
- Menentukan penyelia soalan dan pemeriksa
kertas jawapan dan tarikh penyerahan markah kepada guru.
- Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi
murid-murid.
- Mengurus dan menentukan pergerakan kertas
soalan ( sebelum dan pada tarikh
peperiksaan ) dengan selamat.
- Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung
dengan kelicinan perjalanan
Peperiksaan.
- Mengurus dan menentukan borang-borang markah
telah diisi dan diserahkan ke pejabat untuk tandatangan Guru Besar/ Penolong Kanan
Pendidikan Khas.
- Mengedar Jadual Peperiksaan seminggu sebelum
peperiksaan.
- Menentukan segala keperluan peperiksaan
dilengkapkan.
14 GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
(SPBT)
14.1
Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima SPBT.
14.2
Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada
setiap hujung tahun.
14.3 Memastikan setiap bekalan yang diterima
daripada pembekal disemak.
14.4
Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G untuk
dikemaskini.
14.5 .Guru-guru kelas
dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada murid dan
disimpan di tempat yang
selamat.
14.6 .Tugas-tugas
terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan SPBT.
15
GURU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROJEK SUSU SEKOLAH(PSS)
15.1 Mengenalpasti murid yang layak mendapat
bantuan RMT/PSS
15.2
Menguruskan murid yang mendapat RMT/PSS dengan memenuhi borang-borang
mengikut arahan PPD/ JPWP KL.
15.3 Berurusan dengan
pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-murid RMT
15.4
Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun
15.5 Mencatat
berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.
15.6 Mengadakan
mesyuarat jawatankuasa RMT.
15.7 Menyediakan
jadual kedatangan harian RMT.
15.8 Memilih
menu RMT.
15.9 Memastikan
makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang baik dan
kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.
15.10 Memaklumkan
dengan segera jika ada keracunan makanan kepada pihak pentadbir.
15.11 Memilih
dan merekod murid simpanan (reserve) jika ada murid tidak hadir.
15.12
Menyediakan buku RMT untuk mengambil kedatangan murid dan murid simpanan.
15.13
Menghantar buku RMT untuk semakan pihak pentadbir pada setiap hujung bulan.
No comments:
Post a Comment