SKSI

SKSI

Wednesday, 17 February 2016

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PPKI

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS

1          PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

1.1    Pentadbiran Umum
1.         Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
2.         Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah.
3.         Menyediakan takwim program pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas seperti merancang, dan menyelia perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun.
4.         Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan PPKI.
5.         Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas.
6.         Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini:
6.1.        Fail Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi
6.2.        Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas
6.3.        Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas
6.4.        Fail Mata Pelajaran KSSRPK
6.5.        Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas
6.6.        Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas
6.7.        Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.        Fail Kokurikulum Pendidikan Khas
6.9.        Fail Program Inklusif
6.10.     Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas
6.11.     Fail Stok (Alatan dan Perabot)
6.13.     Laporan Mingguan Guru Bertugas
7.    Mengadakan mesyuarat bersama dengan semua guru pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
8.    Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid pendidikan khas
9.    Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas dan PPM
10.  Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif
11.  Memastikan aktiviti ko-kurikulum PPKI dilaksanakan
12.  Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpunan rasmi.
13. Mendapatkan maklumat murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan.
14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan ke sekolah menengah diserahkan kepada ibubapa/ penjaga bersama senarai semak.

1.2   PENGURUSAN HAL EHWAL

1.    Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL supaya mereka dapat dihantar berkursus dan seterusnya melayakkan guru mendapat Elaun Mengajar Murid-murid OKU.
2.    Memastikan semua guru pendidikan khas tidak diberikan relief kelas arus perdana.
3.     Memastikan semua guru pendidikan khas tidak membawa murid arus perdana ke pertandingan di luar sekolah ketika PdP.
4.    Memastikan maklumat murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid.
5.    Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai bersama dengan semua guru pendidikan khas dan keputusannya dicatatkan oleh guru kelas untuk penyediaan laporan dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan Khas,JPWP KL.
6.    Menghantar permohonan kemasukan murid pendidikan khas baru ke Unit Pendidikan Khas, JPWP
7.    Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
8.    Memastikan permohonan sebarang bantuan Elaun Murid Khas(EMK) bagi semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup.
9.  Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
10.    Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid di dalam atau ke luar negeri dan memastikan dokumen murid diserahkan pada ibubapa/ penjaga.
11.    Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah.

1.3   PENGURUSAN DATA
1.    Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, JPWP KL sebelum atau pada 10 haribulan setiap 3 bulan.
2.    Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

1.4   PENGURUSAN STOK
1.    Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan  Unit Pendidikan Khas, JPWP KL diletakkan di dalam kelas pendidikan khas.
2.    Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan Khas, JPWP KL dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
3.    Memastikan alatan kepunyaan PPKI tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.
4.    Menyemak Senarai Stok yang disediakan oleh Guru/PPM Stok dan Inventori.



1.5   PENGURUSAN KEWANGAN
1.    Memastikan peruntukan PCG PPKI dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun.
2.    Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa).
3.    Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas.
4.    Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas
5.    Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung PPKI (PIBG) yang disediakan oleh bendahari PPKI.

1.6   PENGURUSAN KELAS
1.    Menyediakan satu peraturan untuk PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.
2.    Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi.

1.7   PENGURUSAN JADUAL WAKTU
1.    Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru.
2.    Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan UPK JPWP KL.
3. Memstikan jadual waktu dibina menggunakan system ASc.

1.8   PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1.    Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di PPKI dari masa ke semasa.
2.    Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini.
3.    Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga.
4.    Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam seperti UPSR.


1.9 PENGURUSAN DIRI
1.    Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas dan PPM.
2.    Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru pendidikan khas dan PPM.



2  PENYELARAS KURIKULUM PPKI
2.2.                        Memastikan mata pelajaran yang diajar mengikut dokumen standard adalah bersesuaian.
2.3.                        Memastikan bahan-bahan pembelajaran mencukupi bagi melaksanakan kurikulum pendidikan khas.
2.4.                        Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar guru pelatih atau guru baru di sekolah ini.
2.5.                        Menyediakan jadual bertugas mingguan dan bengkel perkembangan staf.
2.6.                        Menyediakan aktiviti dan perancangan tahunan kurikulum berdasarkan takwim JPWP dan KPM.
2.7.                        Menyediakan buku laporan bertugas guru.
2.8.                        Menyediakan senarai nama dan maklumat guru mengikut kelas.
2.9.                        Menyediakan senarai buku latihan untuk murid.
2.10.                    Menyediakan jadual pencerapan buku latihan, RPI dan PdP.
2.11.                    Menyediakan  jadual mesyuarat PPKI dan taklimat PPM.
2.12.                    Menyediakan surat siaran waktu dan sesi persekolahan tahunan.
2.13.                    Menyimpan kertas soalan Penilaian pertengahan tahun (PPT) dan Penilaian Akhir Tahun (PAT)
di dalam fail bank soalan.
2.14.                    Menyediakan dokumen / senarai semak Hari Terbuka.
2.15.                    Menyediakan senarai murid untuk kenaikan kelas bagi tahun hadapan.
2.16.                    Menyediakan jadual peperiksaan PPT & PAT berdasarkan takwim sekolah.
2.17.                    Menyediakan carta organisasi kurikulum PPKI.
2.18.                    Menyediakan AJK panitia mata pelajaran.
2.19.                    Menyediakan senarai semak penghantaran buku latihan dan RPI.
2.20.                    Menyediakan muka depan untuk soalan PPT dan PAT.
2.21.                    Menyediakan senarai penghantaran buku latihan dan RPI.
2.22.                    Membuat agihan murid untuk guru-guru menyediakan e-rpi.
2.23.                    Menyediakan buku relief PPKI.
2.24.                    Menyediakan buku rekod pinjaman alatan / BBM PPKI.



3  PENYELARAS HAL EHWAL MURID PPKI

3.1  Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran,kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.
3.2  Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
3.3  Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
3.4  Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi EMK, BukuTeks, Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan murid, pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
3.5  Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
3.6  Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
3.7 Memastikan data maklumat kelas, guru dan murid dalam sistem APDM dan sistem pengoperasian pendidikan khas adalah sama dan tiada kesilapan yang berlaku.
3.8 Memastikan Program Susu 1 Malaysia dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berjalan lancar.








4     PENYELARAS KO-KURIKULUM PPKI

4.1.            Merancang aktiviti tahunan ko-kurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan, kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform,
4.2.            Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum).
4.3.            Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Ko-kurikulum Pendidikan Khas.
·                     Jawatankuasa Ko-kurikulum Kelas Pendidikan Khas,
·                     Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum,
·                     Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,
·                     Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada setiap sesi,
·                     Kertas kerja program / aktiviti ko-kurikulum yang akan dilaksanakan,
·                     Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap ko-kurikulum
·                     Laporan program / aktiviti ko-kurikulum yang telah dilaksanakan,
·                     Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
4.4.             Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dirancang.
4.5.            Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap program ko-kurikulum.
4.6.            Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Ko-kurikulum Pendidikan Khas.
4.7.            Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
4.8.             Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
4.9.            Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
4.10.        Menyediakan buku laporan bertugas guru ko-kurikulum.
4.11.         Menyediakan carta ko-kurikulum PPKI
4.12.        Memantau perjalanan aktiviti ko-kuruikulum PPKI
4.13.        Menghadiri mesyuarat berkaitan dengan ko-kurikulum peringkat negeri.
4.14.        Memastikan murid terlibat dengan aktiviti JPWP
4.15.        Mengadakan mesyuarat ko-kurikulum



5 GURU KELAS PENDIDIKAN KHAS

5.1 Pengurusan Dokumen
1.    Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari.
2.    Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas.
3.    Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini.
4.    Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap.
5.    Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat panggilan mesyuarat dan lain-lain.

5.2 Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.    Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi bersama-sama PPM.
2.    Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas rehat.
3.    Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid pendidikan khas di kelasnya.
3.    Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru dalam Buku Daftar Kemasukan.
4.    Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas baru di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan 3 bulan.
5.    Memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas tentang murid yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau berhenti sekolah.
6.    Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akan menduduki peperiksaan awam bersama guru SPBT.
7.    Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang kesulitan.
8.    Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas bersama AJK.

5.3 Pengurusan Data
1.    Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.
2. Memasukkan dan mengemaskini maklumat murid dalam APDM dan juga pengoperasian Pendidikan Khas.
3. Memastikan murid Pendidikan Khas ditagging sebagai murid OKU di dalam sistem APDM.

5.4 Pengurusan Kewangan
1.    Menguruskan hal-hal berkaitan dengan bayaran tambahan murid dan mengeluarkan resit.
2.    Menguruskan buku-buku latihan dan buku kerja yang bersesuaian.
3.    Menyerahkan kutipan bayaran kepada penyelaras yang ditetapkan.

5.5 Pengurusan Kelas
1.    Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria.
2.    Menyedia dan mempamerkan visi, misi, jadual waktu kelas dan sebagainya.
3.    Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta tersebut.
4.    Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas.
5.    Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.
***Guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya mengikut kreativiti masing-masing.

5.6 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.    Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas seterusnya kepada ibu bapa untuk ditandatangani.
2.    Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut.

6 GURU PANITIA MATA PELAJARAN
1.       Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas dan juga Panitia arus perdana.
2.       Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai.
3.       Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing.
4.       Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian.
5.       Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan.
6.       Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian dan menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas.
7.       Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
8.       Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.
9.       Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar.
10.    Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM PPKI.


7 SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN KHAS
1.       Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga.
2.       Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
3.       Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan.
4.       Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,
5.       Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.
6.       Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti PPKI pada akhir tahun dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, JPWP KL.




8  BENDAHARI KELAS PENDIDIKAN KHAS
1.        Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain.
2.        Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari tabung PPKI (PIBG).
3.        Mengemaskini dan menghantar buku akaun tabung PPKI(PIBG) pada setiap hujung bulan untuk semakan Penolong Kanan Pendidikan Khas.
4.        Membentangkan kedudukan kewangan tabung PPKI(PIBG) dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas.




9  GURU DISIPLIN PPKI
1.       Mengendalikan kes-kes disiplin murid.
2.       Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan bersama guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan khas.
3.       Berbincang dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang membimbangkan.
4.       Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas.
5. Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :
·         Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
·         Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,
·         Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,
·         Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut,
·         Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,
·         Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,
·         Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,
·         Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.

10     GURU KECERIAAN KELAS PENDIDIKAN KHAS
1.       Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Home Base Pendidikan Khas.
2.       Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas.
3.       Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan.
4.       Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat sekolah, daerah dan negeri.
5.    Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Home Base Pendidikan Khas.

11    GURU STOK PENDIDIKAN KHAS
1.       Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian barangan dan serahkan kepada kerani pejabat dan juga Penolong Kanan Pendidikan Khas.
2.       Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di dalam salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut.
3.       Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima pada Kad Stok.
4.       Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima.
6.       Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot),
7.       Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot) sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
8.       Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir tahun.
9.       Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada pejabat.

12     GURU PROGRAM INKLUSIF 

Guru Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti :
·         Jawatankuasa Program Inklusif,
·         Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
·         Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
·         Biodata murid yang diinklusifkan,
·         Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
·         Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
·         Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
·         Rekod prestasi murid,
·         Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.


13. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN/ PBS
  1. Memantau semua peperiksaan berjalan dengan lancar
  2. Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha peperiksaan.
  3. Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan semasa.
  4. Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan lagi prestasi
pengurusan peperiksaaan.
  1. Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikhnya
dipersetujui oleh pentadbir.
  1. Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru
  2. Menentukan penyelia soalan dan pemeriksa kertas jawapan dan tarikh penyerahan markah kepada guru.
  3. Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.
  4. Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada tarikh
peperiksaan ) dengan selamat.
  1. Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan perjalanan Peperiksaan.
  2. Mengurus dan menentukan borang-borang markah telah diisi dan diserahkan ke pejabat untuk  tandatangan Guru Besar/ Penolong Kanan Pendidikan Khas.
  3. Mengedar Jadual Peperiksaan seminggu sebelum peperiksaan.
  4. Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan.


14 GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
14.1 Memastikan hanya murid warganegara Malaysia sahaja yang layak menerima SPBT.
14.2 Mengumpul dan mengagih buku pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan pada setiap hujung tahun.
14.3  Memastikan setiap bekalan yang diterima daripada pembekal disemak.
14.4 Memastikan guru-guru kelas menerima borang penerimaan buku dan 2 borang G untuk
     dikemaskini.
14.5 .Guru-guru kelas dipertangungjawabkan tentang pengagihan buku teks kepada murid dan          
     disimpan di tempat yang selamat.
14.6 .Tugas-tugas terperinci terdapat dalam Buku Panduan Pengurusan  SPBT.





15 GURU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) & PROJEK SUSU SEKOLAH(PSS)

15.1  Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan RMT/PSS
15.2 Menguruskan murid yang mendapat RMT/PSS dengan memenuhi borang-borang mengikut arahan PPD/ JPWP KL.
15.3  Berurusan dengan pengusaha kantin mengenai penyediaan makanan kepada murid-murid RMT
15.4 Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan pada awal dan akhir tahun
15.5 Mencatat berat dan tinggi murid RMT pada awal dan akhir tahun.
15.6 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa RMT.
15.7 Menyediakan jadual kedatangan harian RMT.
15.8 Memilih menu RMT.
15.9 Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu, berada dalam kualiti yang baik dan kuantiti yang mencukupi dengan jumlah muid RMT.
15.10 Memaklumkan dengan segera jika ada keracunan makanan kepada pihak pentadbir.
15.11 Memilih dan merekod murid simpanan (reserve) jika ada murid tidak hadir.
15.12 Menyediakan buku RMT untuk mengambil kedatangan murid dan murid simpanan.
15.13 Menghantar buku RMT untuk semakan pihak pentadbir pada setiap hujung bulan.